Hai assalammualaikum korang , adik-adik yang tengah dok google-google pasal matrikulasi tuu hehe. yela tawaran matriks keluar baru-baru ni jekan..
its been 5 years since i last updated this blog, akhirnya ada juga function nak update new post..
tujuan aku buat post ni adalah nak cerita pengalaman aku selama 10 bulan dekat mariks kat adik-adik lepasan SPM (ceh adik sangat la eh) emm tak adik sangat pun beza setahun je pon. hahaha okay lah.
Girls of MD10 (2018/2019)
tujuan aku buat post ni adalah nak bagi korang yang baru lepas SPM ni tahu lah sikit-sikit pasal matriks ni. sebab macam yang lecturer aku cakap. aku punya batch adalah batch pertama selepas MQA. tah aku pun tak faham sangat sebenarnya. ng pastii. kitorang punya batch is totally baru.. tak sama macam batch-batch lepas. Baru dari segi syllabus, markah etc tu semualah. so korang yang masih tak tahu nak masuk matriks ke asasi ke diploma ke boleh la teruskan baca post aku ni. then fikir lah masak-masak nak sambung mana.
Soalan lazim
Susah tak masuk matriks?
Tipu lah kalau aku kata tak susah. Aku dulu sekolah menengah sekolah kampung,tak asrama pun.. so memang semua cikgu suap. bila masuk matriks aku totally TERKEJUT BERUK! sebab semua kena buat sendiri. Print notes, cari notes, soalan tutorial.. haaa pepandai lah kau nak hidup.
Stress? itu perkara biasa.. aku nangis kot masa sem 1 haritu. HAHAHA. sebab Test mosys teruk. oh ya test mosys tu macm ujian percubaan SPM lahh. ha gitu.tapi tak amek markah pun. just nk tahu tahap persediaan kite macam mana untuk hadapi PSPM(exam akhir). jangan risau geng, aku dapat markah teruk sebab aku tak study and prepare awal-awal, tak faham topik tu tapi watdek. kawan aku yang betul-betul study and prepare perform je. aku pulak selalu fikir takpe ada masa lagi. tahu-tahu? Dah mid-sem. Kesimpulannya, matriks tak susah kalau korang rajin and tak malas. kalau boleh,korban kan masa korang melagha dengan ig,fb,twitter drama korea tu semua. ye aku tahu susah. tapi SERIUS worth it. (fact: aku tak buat pun semua ni hahaha tu la sebab pointer sem 1 tak perform)
Assignment
Matriks pun ada assignment ya korang.. dan laptop amatlah diperlukan. begitu jugak dengan printer.. sebab lecture notes apa tu semua kena print sendiri lepas di download di portal KMJ . tak tahulah kalau matriks lain. jadi korang kalau nak mudahkan kerja pegi lah sediakan sebijik printer, senang. pastu nanti ink beli share-share dengan roommate.
okay berbalik pada assignment, setiap subjek ada assignment. jap-jap pasal ni korang dah baca kot kat blog-blog lain. kat matriks ade berapa modul and jurusan. takyah kot aku terangkan korang pi google eh baca kat blog lain, banyakk diorang terangkn waktu sebelum masuk pun aku baca kt blog diorang.
macam aku amik modul 2. modul 2 ni amek semua subjek sains kecuali bio, bio tu ganti dengan scomp. bagi subjek math dengan scomp, korang akan ada 2 assignment setiap sem. total full 40% akan diambil daripada markah assignment korang.. so kalau dua-dua assignment fullmark,korang dah ada 40% dalam tangan. tggl lagi 40% je nak A. ujian bertulis pulak amek 60%.
opinion aku pasal ni, buat lah assignment korang betul-betul. jangan sambalewa. membantu sangat-sangat kalau korang nak perform.
bagi subjek sains pulak, macam bio,chemistry, physics. korang akan ada practical test. practical test physics je yang akan dibuat secara partner, chemistry,bio kene buat sorang-sorang. aku lupa berapa percent ambil markah.
opinion aku pasal practical test? aku tak suka gila practical test hahahah lagi-lagi chemistry. aku jenis yang gelabah, kau bayangkan la macam mana aku handle apparatus etc. mengigil tangan lutut hahahha. tapi alhamdulillah. lecturer yang jaga aku semua baik-baik, teruk camne pun diorang tetap bagi markah okay. Syukurr..
Syllabus matriks
Since aku ambil modul 2, aku dapat terangkan pasal subjek yang aku ambil jelah.
overall syllabus masa sem 1 lebih kurang sama dengan topik kau belajar masa SPM dulu, cuma lebih mendalam and complicated.
sem 2 pulak totally different, especially chemistry lah. korang akan dikenalkan dengan organic yang sangat-sangat aku geruni. ahahha
Pengalaman di KMJ?
aku rasa aku kira beruntung lah sebab dapat rasa dua style matriks yang berbeza antara sem 1 dengan sem 2.. sebab? KMJ dah ada pengarah baru..
sem 2 pengarah baru jadi banyak la perubahan yang dibuat. hehe kalau sem 1 kitorang boleh outing jumaat perempuan,sabtu lelaki, sem 2 dah boleh keluar dua-dua hari.
pastu sem 1 dulu cafe asing-asing ya korangg.kafe lelaki 1 , kafe perempuan 2. dah masuk sem 2 tu kafe tu dah terbuka untuk semuaa. dah taklah jadi kawasan larangan..
pendapat aku pasal perubahan ni ialah ianya idea yang SANGAT BAGUS, sebab boleh try pelbagai rasa makanan,menu makanan hehehe. pastu classmates lelaki dah boleh lunch sama-sama dengan kitorang. benda ni jadikan ukhwah kitorang lagi kuat. serius kelas aku ngam gila kot tak kira lelaki pompuan. memag takde puak langsung.
tapi cikgu ko-k aku cakap batch aku macm eksperimen lahh. nak tengok macam mana, kalau okay,, takde kes tu semua perubahan tu akan diteruskan. tapi kalau banyak kes, mungkin tukar balik kafe asing,outing asing. so, tak tahulah batch korang camne sebab aku memang tak ambil tahu pasal kes-kes macam ni. nanti korang dah masuk kmj bagitahu lah aku ya hahaha
Kafe mana paling sedap?
kat kmj ada tiga kafe, kafe A,B,C. Since aku duduk blok f aku memang setia dengan cafe c. so aku nak share keistimewaan tiga-tiga kafe ni
Sarapan
kalau aku prefer kafe c sebab cepat. haahha sarapan kat kafe c ni pukul 7 dah ada macam-macam, kuih, roti telur haa murah-murah pulak tu. kau ambil banyak mana pun makcik tu tetap kira rm 1.
makanan tengah hari
punn aku prefer kafe c. hahaha nampak tak bias nya. tapi ni common kot kalau kau jadi warga blok F sebab dekat kot. kau gile nk jalan jauh dalam keadaa lapar.. hmm aku tak nak hahah
makan petang
kalau kau nak pelbagai pilihan makanan, pegi lah kafe B. memang sedap gile weh lagi-lagi tom yam,nasi goreng kg,sup ayam dia, ahh semua lah. pastu kat kafe c ni bestnya dia banyak jual-jual,ada roti canal,waffle yang inti tak kedekut, lembut and rangup, ayam popcorn cheese 2.50, chicken grill , burger cheese chachos haa banyak wehhh.
Kafe A pun best jugakk. aku fav gila chicken chop diaaa, pastu kat sana ada sate pun sedap jugakk. roti tisuu, keropok lekor murahh.
bagi yang kesuntukan masa, tak suka menunggu,kebulur mcm nak pengsan dah. boleh pegi kafe C, sedap jugak tapi certain menu jelah. menu pilihan pun tak banyak mcm kafe B.
hmm apa lagi eh.. takde kot. hahaha mostly post ni macam ruang aku lepaskan rindu je haahhaha. aku harap lepas korang baca post aku ni, korang lagi bersemangat nak masuk dan belajar dekat matriks. bagi yang family korang paksa suruh masuk matriks, percayalah sesungguhnya matriks ni sangat best.
kenangan 10 bulan aku kat sini, memang best sangat-sangat. biasalah stress tu, susahnya beljar tu.. normal je kat mana-mana pun korang akan alami benda yang sama jugak. yang penting semangat tu ada. tengah-tengah sem tu, kalau ada rasa nak keluar matriks.. tu normal sebab tak biasa lagi.. sebab tu semangat kene sentiasa adaa. serius weh 10 bulan tu tak lamaa. tahu-tahu dh habiss. then sambung degree. okay la kann..
kalau korang ada apa-apa pertanyaan, pasal pengalaman ke apa ke boleh comment okayy, InsyaAllah aku reply..
Lastly, aku doakan segala urusan korang dipermudahkan, nak masuk matriks ke asasi ke diploma. form 6 tu semualahh. aaminnn! GOOD LUCK!
kenangan pahit apa? kenagan pahit di sekolah. yes. i admit it. kat sekolah rendah, aku rase aku takde kenangan manis. kenapa? mungkin sebab aku x sekepala dengan mereka-mereka.
aku ni tak suke bercakap nonsense. ataupun bende yang sia-sia. aku jugak tak suka mengutuk orang. aku jugak seorang yang private. aku suka simpan rahsia. so. bila jumpe kawan2 aku x tahu nak cerita apa. sebab tu kawan2 cop aku pendiam. sedangkan dekat rumah pun, x banyak bende yang aku bualkan. aku banyak habiskan masa baca buku dengan main laptop. orang yang betul2 rapat dengan aku tahu la aku macam mana.
dekat sekolah. bende first yang kita fikir apa? kawan kan? rasa macam apa kalau pergi sekolah tapi takde kawan. lonely..
apa yang aku nak cakap ialah. wujudnya group2 ataupun geng2 di kelas. yep. aku tak kisah dok kalau kau nak buat geng2 sendiri ke apa. tapi. janganlah pinggirkan kawan.
benda ni tak kena dekat aku, tapi kat sorang kawan aku ni hah. kene halau dari kumpulan diorang. macam. ek eleh, apahal kau nak halau2 dia pulak? suruh dia duduk tempat dia. wo wo. that is just too much.
aku yang dengar ni pon emo gila. apatah lagi si mangsa. ye dak?
nasihat aku lah kan. tolong lah. tolong. jangan pinggirkan kawan
bukan apa. aku sedih. aku pernah kena macam tu. aku tahu rasanya macam mana. aku jugak sedih bila kawan aku kene mcm tu.
New Life, New Blog. Well its not that new. I decided to delete all my post from the past. as a matter of fact, i re-read them all. and i just cant stop laughing and laughing at my own stupid post. like. oh mann.. its really me who wrote this?
i've been through a lot with the haters, spammers and those anonymous with theirannoying comment. i felt terrible and i quit posting any new post for 3 days. then i start it all over again and trying not to make a single mistake.
my blog never receive any award or what so ever. but i i love my blog. we've been together for like 3 years. since im eleven. its actually my cousin idea to create this lovely blog. the tittle, the address is all by her. which is remain till now. nur fateha. thank you so much.
Starting from that day. the journey of my life sitting in front of the laptop for 24 hours begin. the first blog tutorial that i learn is how to change the background tutorial and try it out for 2-3 times. and succeed! imagine how happy and proud i am!
ahh. that good old times. and my sister too started blogging.
P\S: sorry for the grammar error. kindly correct me in the comment section. its my teacher advice to get used in using english language, so that i can be confident to speak english in front of the people well. please dont bash me or anything sort of that but kindly help me improve my english. thank you.